RSS

Gotong Royong Membersihkan Kawasan Perkuburan Kg. Tonobon Baru, Keningau

Event / Acara : Gotong Royong Membersihkan Kawasan Perkuburan
Tarikh : 15 Oktober 2016
Acara bergotong royong kali ini dimulakan seawal Jam 7 pagi dengan kehadiran para penduduk kampung berserta dengan PJKKK En. Louis Mianus Lubis dan juga AJK JKKK yang lain.
Dengan kehadiran Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.33 Bingkor, En. Kennedy Jie John bersama dengan staff UPPM yang lain ke acara bergotong goyong ini, para penduduk begitu bersemangat untuk bersama bergotong royong pada hari tersebut.
Kennedy, yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UPKO Sabah serta Ahli Majlis Tertinggi Majlis Daerah Keningau memberikan sedikit sumbangan berupa pemotong rumput kepada JKKK semasa gotong royong tersebut diadakan.
Sedikit gambar semasa acara gotong royong tersebut diadakan.
Photo Credit : PPM Kennedy J. John (FB)

0 comments: