RSS

Gotong Royong Membersihkan Kawasan Perkuburan Kg. Tonobon Baru, Keningau

Event / Acara : Gotong Royong Membersihkan Kawasan Perkuburan
Tarikh : 15 Oktober 2016
Acara bergotong royong kali ini dimulakan seawal Jam 7 pagi dengan kehadiran para penduduk kampung berserta dengan PJKKK En. Louis Mianus Lubis dan juga AJK JKKK yang lain.
Dengan kehadiran Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.33 Bingkor, En. Kennedy Jie John bersama dengan staff UPPM yang lain ke acara bergotong goyong ini, para penduduk begitu bersemangat untuk bersama bergotong royong pada hari tersebut.
Kennedy, yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UPKO Sabah serta Ahli Majlis Tertinggi Majlis Daerah Keningau memberikan sedikit sumbangan berupa pemotong rumput kepada JKKK semasa gotong royong tersebut diadakan.
Sedikit gambar semasa acara gotong royong tersebut diadakan.
Photo Credit : PPM Kennedy J. John (FB)

Hari Sukan Negara Peringkat Kg. Tonobon Baru, Keningau 2016

Pesta Kaamatan 2009

Halu.. setahun berlalu.. lama benar tia update tentang kampung ni.. cerita terbaru tiada pernah ada.. perkembangan pembangunan di kampung terlalu lembab! Huh!! Jalan raya yang masih teruk masih seperti dulu.. kurita rusak pabila selalu jalan di tempat tu.. sian.. :( Mau saja ku lapor sama pulis.. sama siapa? haha.. ada masa nanti ku lapor sama TV3.. tunggu saja.. hehehe..
Pesta Kaamatan Kampung Tonobon Baru Keningau akan diadakan pada 30 Mei 2009 bersamaan pada hari Sabtu.. huh.. memang sekali ini lagi saya tia akan bersama - sama dengan saudara mara serta rakan - rakan di sana.. sebab pada masa yang sama, saya terlibat secara langung dengan kaamatan yang akan diadakan di KDCA pada 30 & 31 Mei 09 nanti.. huh...sian sama sia kan? hehe.. sian juga sama orang - orang d kampung.. mungkin kampung saya ni perlu promosi yang lebih sikit dan mungkin lagi banyak kalau dapat untuk mendapat kemajuan yang lebih ketara.. mm.. rumah baru di kampung baru saja di pasang dengan bantuan elektrik.. thanks for those involved with that! :) Mm.. nanti sa masukkan gambar yang terbaru dari kampung.. soon lah.. huhuhh.. banyak karaja jugalah.. :)

Kemudahan Kampung

Sedikit info lagi tentang Kg.Tonobon Baru, Keningau.

Surau

Chapel St.Fabianus (Roman Chatolic Church)

Kemudahan Kg. Tonobon Baru, Keningau

Antara kemudahan yang ada di kampung ini ialah Surau, Gereja, Klinik, Elektrik, Bekalan Air dari Jabatan Air, Perhentian Bas, Balai Raya, Mini Dewan, Sekolah Kebangsaan dan Telefon Awam.

Klinik Desa

Chapel St. Fabianus, Kg. Tonobon Baru, Keningau

SK. Bunga Raya, Keningau

Macam mana dengan gambar - gambar yang kelihatan di atas sana? Hehe..sikit jak yang ada setakat ini. Kita bertemu di lain hari lagi untuk gambar yang lebih banyak lagi. Bye..

Kg. Tonobon Baru Keningau, Sabah

Selamat bertemu di ruangan blog Kg. Tonobon Baru, Keningau.

Kampung Tonobon Baru ini adalah salah sebuah kampung yang terletak lebih kurang 19km dari Pekan Keningau.

Kebanyakan penduduk Kg. Tonobon Baru ini adalah berbangsa Dusun, yang mana berasal dari Daerah Tambunan dan juga Ranau. 

Blog ini akan di kemaskini dari masa ke semasa pada masa akan datang.


ADMIN